Pages

LA Tahzan!!!



Tetiber aku tak hepi, Seterusnya aku dapat mengilhamkan satu sajak yang x berapa nak sedap r.

Hari ini kau mendung,
Hari ini kau duka dan luka,
Adakah udara yang melukai hati yang lara.
Burung yang berkicauan riang menghiris hati

Mereka tidak memahami segala nafas yang dibawa.
Mereka telah membawa diri dalam alam yang fana.
Terkapai Sang Nia menyorok di alam nyata.
Hanya menghitung nasib yang tiada kesudahannya.

Lupakanlah sang burung terbang begitu sahaja
Hanya mencari makanan untuk dirinya,
Biarlah kita memberi burung makan
memberi burung berak di merata
kerana Sang Burung hanya memikirkan nasib mereka

Lupakan Udara menyesak nafas yang hiba,
Hanya untuk menghibur segala duka.
Lupakanlah apa yang terjadi semalam,
Hanya menambah segala luka,
Lupakanlah kenapa angin yang tidak menyokong,
Yang pergi dan datang begitu sahaja
Yang mengikut lumrah dunia.

Biarlah hati ni mengusik jiwa,
Biar diri sebagai pelipur lara,
Tetapi tiada siapa yang hiraukan nasibmu diluar sana.
Hanya menjadi bahan penonton semua.
Tetapi akan Sang Nia Bangkit dengan megahnya
Menghempas mentari untuk mencari cahaya sendiri

Biarlah menjadi pujangga derita,
Untuk membimbit suka dalam genggamannya..
Biarlah takdir menulis segala perkara,
Akan pujangga menghadapi dengan sabarnya.
Insya-Allah Sang Nia cuba memahami diri,
untuk berjuang demi kebaikannnya pula.

P/S: - Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.