Pages

Al-Fatihah Nenekku... Tatah Binti Baba (Khas Buatmu.)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hampir sudah dua minggu aku tak balik kampung menjenguk nenek dan puan aku. nenek belah ayahku sudah terlantar di hospital kerana paru-parunya dan jantung..
Alhamdulillah nenek aku dapat keluar selepas 5 hari berada di wad Melaka.. dan terus berada di anak beliau di Klang.. Aku masih tidak dapat pergi.
Namun hatiku MULA BERAT. Dah lama sangat tak singgah FB. pergilah singgah jap. Nak klik. klik Afifah Othman n Normaliza punye churp.. churp.. barulah aku dapat tahu pada hari selasa bahawasanya nenek aku dah tenat di Klang.. Koma n having blood cloth at artery seribelum.. niat ingin berjumpa dengan nenek pada hari sabtu hari tu, sebab ada penulisan kreatif.
 Tetapi nasib tak menyebelahi aku..
Pada Hari Jumaat, hujan jer pada waktu tu, macam mengatahui apa yang terjadi selepas itu, Aku melakukan perbentangan.. aku dikejutkan dengan panggilan Kak nadirah.. Akk aku.. AKU MULA TAK SEDAP HATI. Aku try call balik. tak jawab.. Aku mula sedapkan hati aku, mungkin nk tanya bila aku nak balik kowt. Tapi tidak, abang aku kol selepas aku kol akk aku.. "Adik cepat siap nak balik kampung, nenek dah tak der." Aku bergegas keluar tanpa berkata dengan rakan-rakanku yang lain. Hanya pensyrah yang tahu, tapi ada yang memasang telinga mendengarnya. Aku keluar dan mlihat hujan lebat sangat. seperti mataku mengalir. terkilan. Terkilan tidak dapat berjumpa beliau sewaktu dia sakit. Hari terakhir dapat jumpa adalah waktu tidur sebelahnya dan memeluk beliau..


Aku ingin balik dan bergegas namun cuaca tidak mengizinkannya. aku meminta Zaki tolong mengambil payung beliau. tiada. Aku tak der cara lain tanya dengan pensyarah yang ada. Alhamdulillah ada juga. Puan Raja telah memberi payung kepadaku. terima kasih...
Aku pergi secepat yang boleh. baju di ampaian dimasukkan ke dalam beg tanpa melipatnya. Akhirnya aku sampai di Melaka pada pkul  12 tghari. aku melihat nenekku sudah di kapankan. baru sahaja ingin bergegas untuk memandikannya. tak dapat mandi tolong bentangkan tikar untuk nenek pun takper. tapi Alhamdulillah sempat cium pipi kanan dan kiri. serta dahinya. setiap ciuman aku amati betul- betul sebelum masuk di liang lahad.

Sembahyang Jumaat selesai, aku dengan family aku bergegas untuk masuk ke masjid untuk sembahyang jenazah tanpa rasa malu untuk menempuh mukmin yg bru balik sembahyang Jumaat. Segera kami solat sembahyang zuhur. dan terus sembahyang jenazah. Alhamdulillah..

Hujan turun tanpa henti. sewaktu di tanah perkuburan. makin lebat hujan membasahi bumi. Kami sekeluarga berdoa agar dapat selesaikan pengebumian secepat mungkin, kerana takut tanah akan berair. Hujan membasahi tanah namun anak dan cucnya juga membasahi pipi. Kepala ku makin sakit kerana kena hujan tak henti2.. Alhamdulillah.. Selesai jua.. selepas bacaan talkin. kenduri buat di rumah pak busu. melihat wajah ayahku. Aku melihat kesedihannya. Hiba yang aku rasai. melihat Pak Busu dan ayahku hanya diam dan cuba munculkan wajah yang sedih itu.. 
Namun apakan daya hanya bacaan Yassin sahaja yang perlu. Terima Kasih nenek. kerana tidak lokek dengan senyuman. Terima Kasih nenek kerana buatkan ayah nak beli TV baru dekat bawah untuk nenek.. Terima Kasih nenek sebab ayah nak pasang Astro untuk nenek dekat bawah. supaya nenek tak rasa bosan. Special sungguh bilik nenek mula2.. Terima kasih nenek kerana sering meminta ciuman... Terima kasih kerana melahirkan seorang ayah yang lembut dan baik.. Terima Kasih nenek Terima kasih kerana tertinggal tongkat dan baju untuk ayah itulah kenangan nenek... Al-Fatihah kepada nenekku. dan semoga tabah ayahku...