Dalam air… tenang
Arus menyusur… damai
Sesekali embun yang menitis… memecah
Di mana percikkannya di mata
Lalu kusentuh
Basahnya kejernihan
Dalam hati… sunyi
Bagai hening pagi
Tiada beza lagi kedukaan ini
Andai nilai setia… tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana
Retak kasih ini
Berlimpahan rona luka
Telah pun kita simpan
Tak sedikit sejarah percintaan
Puncak kasih kita
Rendangnya oh… seketika
Bagai cerita…
Satu mimpi episod cinta
Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik… tanpa
Tidak ku percaya
Dalam air… tenang
Hati melawan… sunyi
Tiada beza lagi… kedukaan ini
Andai nilai setia… tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana serikan warnanya
Hebatkah cinta
P/S : Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.