Sudah sarat Maya mengandung anak yang ketiga, makin resah juga melihat suaminya yang bekerja dari siang hingga ke malam. Hari ini sahaja Maya menunggu Rezwan sampai pukul 3 pagi. TUT..TUT.. Mesej diterima oleh Maya. Seperti biasa, ayat yang sama diberi.. "Sayang, abang balik lambat. Mungkin tidur rumah kawan. Nak ambil barang kat tempat jauh besok.OK Sayang luv u"
Seringkali suaminya memberi alasan untuk berniaga kononnya akan menambah pendapatan. Tetapi lain pula yang di dengar dari mulut kawannya. Resah dan ragu juga melihat karenah suaminya. Jarang melihat kelibatnya untuk melayan anak-anaknya yang masih lagi bersekolah rendah. Bukan sekali dua suaminya curang, setiap kali Maya mengandung mesti suaminya akan lari dan curang kepadanya. Bingung, adakah aku tidak kurus atau slim ek? kenapa? Semakin banyak persoalan..
Maya bukan surirumah.. tapi pangkatnya lagi besar dari suaminya. Syarikat yang dia bekerja pun hebat jugak. Maya masih setia pada suaminya walaupun seringkali Rezwan curang kepadanya. Penat juga menyolek walaupun jarang bersolek. Penat berfesyen walaupun diri takdelah suka berfesyen sangat. Tapi masih lagi curang! Bukan tak pernah kantoi. selalu jer kantoi kat dalam phone suaminya. Maya masih lagi bersabar. Tapi kali ini Maya rasa makin resah dengan kecurangan Rezwan. Tetapi Maya hanya mampu berdoa agar Rezwan sering diberi hidayah ke arah yang benar. Termenung pula Maya memikirkan nasib dia yang sarat mengandung, Maya pun tidur bersama anak. Nasib baik Maya ada anak yang memahami mak dia nak berteman.
BERSAMBUNGG.....