Pages

Maya 2


Rejab dah pun berlalu Syaaban pula yang tiba.. Maya sering berpuasa. Penat juga nak explain kat anak dia tapi yang boleh dikatanya. “Nanti mak dapat pahal.. Boleh masuk syurga..” Budak-budak tak sampai 8 tahun lagi dah tahu main game kat internet. Takut juga sebenarnya, Biasalah walaupun main game tapi ada sahaja unsur Yahudi buat seperti menghalalkan perkara tersebut. Seperti ‘kissing game lah’ main princesslah buat baju seksilah.. buat makanan yang haramlah.. hmm pantau tu memanglah ada.. tapi kerisauan masih terpancar. Nak halang main game kata mak macam2.. Hmm zaman sekarang punya anak. Kerenah dua cahaya mata Maya cukup buat Maya lupa akan nasibnya.
Nak aku beritahu kat adik dia ker pasal kerenah abang dia lagi? Tapii takut burukkan suami aku pulak.’ Nak aku pendamkan saje ker masalah aku ini. Mungkin ini cara yang terbaik kot.. Monolog Maya. Cukup perit melihat pertelingkahan yang berlaku di antara keluarga Rezwan dengan Rezwan sendiri. Pernah sekali Maya memberitahu kat adik Rezwa. Apabila Ibu Rezwan tahu mengenai kecurangan anak tunggal lelaki dari anak perempuan dia sendiri. Mereka seperti buat perang dunia keLAPAN.Maya jadi kubu untuk suami dia dari kena marah.  Keluarga Rezwan memang baik selalu membela nasib Maya. Kadang-kadang agak keterlaluan sehinggakan Maya sendiri perlu turun padang untuk selesaikan masalah keluarga Rezwan. Bukan mereka yang perlu menanggung nasib seperti Maya tapi apa boleh buat keluarga Rezwan agak tegas . Tetapi Maya pasrah masalah yang dihadapi. Semenjak itu keluarga Rezwan agak sukar mempercayai Rezwan sendiri. Bukan apa mereka lebih mengetahui perangai Rezwan, agaknya. Adik Rezwan pun tahu sikapnya dahulu yang sering mendapat panggilan ‘player’. Keluarga Rezwan fikir sekiranya dia berkahwin, dia akan tinggalkan perkara tersebut. Ternyata pandangan mereka salah.
            Hari demi hari Rezwan tidak balik ke rumah. Makin resah Maya mendengar Rezwan pergi ke Pahang untuk membeli barang berniaga. Tidak mengapalah, Asalkan Rezwan tidak lupakan anak-anaknya dan bertanyakan khabar mereka selalu, Sudah seminggu Rezwan di Pahang. Akhirnya balik juga di rumah. Maya hanya tersenyum kelat melihat muka Rezwan yang tegang. Entah kenapa hati mula merasakan sesuatu. Tidak mengapalah, mungkin penat kerana perjalanan Pahang agak jauh. Maya cuba melayan suaminya seperti biasa.. Mimi dan Nadia pun ingin memeluk ayahnya. Agaknya rindu kot dengan ayahnya. Rezwan masih melayan anak-anaknya, tapi seperti nak tak nak jer. Maya biarkan anak-anaknya dengan Rezwan sementara dia menyiapkan juadah untuk suaminya. Tiba-tiba kedengaran Nadia yang sulung menangis..Nadia meraung “Papa tak sayang adik.. Papa tak sayang adik..” Maya terkejut. Lalu pergi ke ruang tamu dengan segera walaupun tidaklah secepat mana kerana kandungannya itu…
Bersambung..