Pages

Kuteruskan untuk bermuhasabah....

Assalamualaikum..


Aku tahu aku begitu jahil kepadaNya.. Tapi aku berusaha, melangkah kepadanya. 

Merangkak aku ke situ
Tapi tidak mudah aku melangkah
Halangan semakin susah.
Seperti ingin merentasi lautan api

Aku akan cuba
dan terus mencuba
untuk berada ke dalam taman itu
Tersangkutku di alam maya
mengharap bantuan 
yang sesat dalam khayalan

Aku tahu
Dalamnya cintamu.
Lebih cantik dari intan
Lebih elok dari apa yang ada 
dari dulu, kini dan selamanya..
Tiada tandingannya

Tangkiskan dunia ini
pulaukan jiwa ini
dengan onak cinta dunia.
Dengan kekuatan yang kau berikan...

Aku cuba..
dan terus mencuba...
melangkah kepadamu dan hanya padamu

P/S : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam. (H.R Bukhari)
Bila seorang dari kamu sedang marah hendaklah diam (H.R Ahamad)- BICARA SAAT EMOSI DAPAT MENYESATKAN
Apabila ada orang yang mencaci-maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci-maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk kamu dan kecelakaan untuk dia (HR. Ad-Dailami)