Pages

Maya 2


Rejab dah pun berlalu Syaaban pula yang tiba.. Maya sering berpuasa. Penat juga nak explain kat anak dia tapi yang boleh dikatanya. “Nanti mak dapat pahal.. Boleh masuk syurga..” Budak-budak tak sampai 8 tahun lagi dah tahu main game kat internet. Takut juga sebenarnya, Biasalah walaupun main game tapi ada sahaja unsur Yahudi buat seperti menghalalkan perkara tersebut. Seperti ‘kissing game lah’ main princesslah buat baju seksilah.. buat makanan yang haramlah.. hmm pantau tu memanglah ada.. tapi kerisauan masih terpancar. Nak halang main game kata mak macam2.. Hmm zaman sekarang punya anak. Kerenah dua cahaya mata Maya cukup buat Maya lupa akan nasibnya.
Nak aku beritahu kat adik dia ker pasal kerenah abang dia lagi? Tapii takut burukkan suami aku pulak.’ Nak aku pendamkan saje ker masalah aku ini. Mungkin ini cara yang terbaik kot.. Monolog Maya. Cukup perit melihat pertelingkahan yang berlaku di antara keluarga Rezwan dengan Rezwan sendiri. Pernah sekali Maya memberitahu kat adik Rezwa. Apabila Ibu Rezwan tahu mengenai kecurangan anak tunggal lelaki dari anak perempuan dia sendiri. Mereka seperti buat perang dunia keLAPAN.Maya jadi kubu untuk suami dia dari kena marah.  Keluarga Rezwan memang baik selalu membela nasib Maya. Kadang-kadang agak keterlaluan sehinggakan Maya sendiri perlu turun padang untuk selesaikan masalah keluarga Rezwan. Bukan mereka yang perlu menanggung nasib seperti Maya tapi apa boleh buat keluarga Rezwan agak tegas . Tetapi Maya pasrah masalah yang dihadapi. Semenjak itu keluarga Rezwan agak sukar mempercayai Rezwan sendiri. Bukan apa mereka lebih mengetahui perangai Rezwan, agaknya. Adik Rezwan pun tahu sikapnya dahulu yang sering mendapat panggilan ‘player’. Keluarga Rezwan fikir sekiranya dia berkahwin, dia akan tinggalkan perkara tersebut. Ternyata pandangan mereka salah.
            Hari demi hari Rezwan tidak balik ke rumah. Makin resah Maya mendengar Rezwan pergi ke Pahang untuk membeli barang berniaga. Tidak mengapalah, Asalkan Rezwan tidak lupakan anak-anaknya dan bertanyakan khabar mereka selalu, Sudah seminggu Rezwan di Pahang. Akhirnya balik juga di rumah. Maya hanya tersenyum kelat melihat muka Rezwan yang tegang. Entah kenapa hati mula merasakan sesuatu. Tidak mengapalah, mungkin penat kerana perjalanan Pahang agak jauh. Maya cuba melayan suaminya seperti biasa.. Mimi dan Nadia pun ingin memeluk ayahnya. Agaknya rindu kot dengan ayahnya. Rezwan masih melayan anak-anaknya, tapi seperti nak tak nak jer. Maya biarkan anak-anaknya dengan Rezwan sementara dia menyiapkan juadah untuk suaminya. Tiba-tiba kedengaran Nadia yang sulung menangis..Nadia meraung “Papa tak sayang adik.. Papa tak sayang adik..” Maya terkejut. Lalu pergi ke ruang tamu dengan segera walaupun tidaklah secepat mana kerana kandungannya itu…
Bersambung..

Almufariddun


Assalamualaikum ..

Oleh kerana malam ni malam Jumaat.. Nak ceritalah pasal zikir…
(Dalam bahasa Indonesia ea.. sesaper ader hp android leh bace petikan ini dari 1000 hadith terpilih.)

Menang pacuan “Almufariddun”. Para sahabat bertanya: “ Apa Almufarridun itu?” Nabi S.A.W menjawab : “Laki-laki dan wanita-wanita yangbanyak berzikir kepada Allah” (H.R. Muslim)

Tapi apa maksud pacuan tuh.. tak tahulah.. dah google kater lain plak.. juz amek poin die ek?
Oleh itu ada empat bahagian zikir yang mungkin kita dapat dijadikan renungan..
Dari segi tasawuf:
-          Murasalah: zikr dengan lisan saja sebagai jalan permulaan (bidayah)
-          Muamalah: zikr dengan hati (qalb) dan lisan dalam jasad
-          Muasolah: zikir dengan lisan, qalb dan  roh dalam jasad menempati si pengamal (zikir) sebagai ahli qurrub (seorang yang mendekatkan dirinya kepada Allah)
-          Munazalah: zikir dengan lisan, qalb, roh dan  sirr (rahsia dalam lubuk hati yang tidak dapat dijangkau) dalam rangka mendapatkan keredhaan Allah.

Hmm banyak gak nak citer. Pasal Zikir.. Jahil gak den nih.. tak banyak amalkan.. Insya-Allah kita cuba ambil perkara ini sebagai pengajaran ep..  Daripada kita sering bercakap perkara yang menyakitkan hati orang lain dan hati kita juga akan disakiti. Kita cuba amalkan sikap ini.. Mungkin cara ini lebih berkesan . Nak try gak mulut murai ni  jadi senyap..
WISH ME LUCK!
P/S : 

Mahukah aku beritahu amalanmu yang terbaik, yang paling paling tinggi dalam darjatmu, paling bersih disisi Allah serta lebih baik dari menerima emas dan perak dan lebih baik bagimu daripada berperang dengan musuhmu yang kamu potong lehernya atau mereka memotong  lehermu? Para sahabat lalu menjawab “Ya” Nabi s.a.w pun berkata “Zikrullah”   (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Manusia dan cinta

Sudah sarat Maya mengandung anak yang ketiga, makin resah juga melihat suaminya yang bekerja dari siang hingga ke malam. Hari ini sahaja Maya menunggu Rezwan sampai pukul 3 pagi. TUT..TUT.. Mesej diterima oleh Maya. Seperti biasa, ayat yang sama diberi.. "Sayang, abang balik lambat. Mungkin tidur rumah kawan. Nak ambil barang kat tempat jauh besok.OK Sayang luv u"


        Seringkali suaminya memberi alasan untuk berniaga kononnya akan menambah pendapatan. Tetapi lain pula yang di dengar dari mulut kawannya.  Resah dan ragu juga melihat karenah suaminya. Jarang melihat kelibatnya untuk melayan anak-anaknya yang masih lagi bersekolah rendah. Bukan sekali dua suaminya curang, setiap kali Maya mengandung mesti suaminya akan lari dan curang kepadanya. Bingung, adakah aku tidak kurus atau slim ek? kenapa? Semakin banyak persoalan..

   Maya bukan surirumah.. tapi pangkatnya lagi besar dari suaminya. Syarikat yang dia bekerja pun hebat jugak. Maya masih setia pada suaminya walaupun seringkali Rezwan curang kepadanya. Penat juga menyolek walaupun jarang bersolek. Penat berfesyen walaupun diri takdelah suka berfesyen sangat. Tapi masih lagi curang! Bukan tak pernah kantoi. selalu jer kantoi kat dalam phone suaminya. Maya masih lagi bersabar. Tapi kali ini Maya rasa makin resah dengan kecurangan Rezwan. Tetapi Maya hanya mampu berdoa agar Rezwan sering diberi hidayah ke arah yang benar. Termenung pula Maya memikirkan nasib dia yang sarat mengandung, Maya pun tidur bersama anak. Nasib baik Maya ada anak yang memahami mak dia nak berteman.

BERSAMBUNGG.....

Berani kerana benar

Assalamualaikum.. dan salam sjahtera



Macam nilah.. kita sebagai manusia yang lemah sering melakukan kesilapan.. tapi tak salah kita menegakkan perkara yang benar, walaupun perit di telan. Tapi kita berpada-padalah sikit. Jangan selalu sakitkan hati orang, mungkin akan kena pada kita. Kalau kita tak rasa or tak kena, mungkin bakal anak or cucu kita yang setimpal dengan kita. 


Seperti yang kita tahulah.. kalau perkara itu melibatkan sesuatu ukhuwah.. jangan memikirkan untuk membuangnya semata-mata menegak kepada yang benar. Kononnya kita benar tetapi yang sebenarnya kita taklah di pihak yang benar sangatlah.. Haish apa yang den merapu nih.. tak pelah.. nnti kiter stori.. blur.. main taip jer...

KONVOKESYEN SRP PSSCUH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Agak teruja gak sudah lama tak pergi konvo atau amik mender2 hadiah nih.. sebab..  agak tak selalu naik pentas amik hadiah.. Selalu jadi belakang tabir bagi hadiah kat orang adalah.. erm.. Besok hari den konvo.. walaupun hanya persilatan tapi konvo gak.. (even nama sahaja konvokesyen).. hihihi.. erm.. ni pun tak tahu dapat apa, kepujian ke tak. Erm dari segi preparation tak de mende r sangat. juz bju tu buat leklok sebab kain dia sangatlah tebal.. macam kain untuk wat baju melayu. Sekali Imbas macam pandu puteri punye baju.. dua kali imbas.. dah tak jadi paper dah pown.. bacu raya pun ader.. Tak per2 bersyukur Rahilah.. bersyukur dapat baju.. ok dokie.. k tata.. nak tido awal mlm nih.. Pagi2 kene gerak dah..HIhi

P/S : Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

 

Hubungan

Assalamualaikum..

Ok kat sini juz nak share apa yang den rasolah.. erm.. pasal hubungan..Hubungan tak kira hari, tempat dan masa. akan terjalin dan retak satu hubungan. Tak kisahlah kawan, musuh, suami, isteri, pakwe, makwe dan adik-beradik.. Waktu terjalin semua menjanjikan suatu yang bahagia dan azam kononnya kita akan dapat yang indah belaka dan buat satu kenangan indah belaka. Tapi waktu termusnahlah satu hubungan kita hanya nampak bayangan hitam seseorang insan tu je. Mungkin kita tak boleh nak salah 100 peratus pada orang yang sama je macam kita. YES! Maybe dia salah. Tapi siapa kita nak judge dia sedangkan kita pun banyak salah pada Yang Esa
Siapa kita yang sering pertikaikan dirinya sedangkan kita pun tak cukup sempurna. Memang kita tak buat salah dengan 'orang' tu. tapi mustahil orang tu pun selalu buat salah dengan kita. fikirkan, mungkin hari ini dia yang salah.Mungkin hari Esok. Asyik kita yang buat salah.  Kita hanya memikirkan cara yang terbaik untuk kendalikan sesuatu hubungan. Bukan asyik memikirkan perangai orang . Fikirkan apa yang kita buat dari memikirkan apa yang orang lain buat pada kita. So I have to think wisely... Nasihat ini untuk diri sendiri dan pendapat peribadi. Hehehe...

P/S : Hidup ini masih panjang. Kadang-kadang kita tak suka dengan cara dan perangai orang tu. Tapi mungkin ada 5 orang yang lagi tak suka dengan perangai or cara kita sendiri.

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

RINDU BLOG..

Assalamualaikum... 

Apa khabar semua?? Alhamdulillah akhirnya wat balik blog nih... tapi an.. leh x sesaper nak tolong renovate my blog.. plzzz.... dah rase jemu sangat tgk yg sama jer... tak per.. 
Leh kan.. kepada Azie Azeera, Normaliza Dan Shazatul Hazirah.. yang dah kiut miut de punye blog.. meh tolong naaah. Atas permintaan 'gema pusaka'. 


P/S :.Tolong menolong sesama mukmin.

  "Bandingan orang-orang mukmin yang saling sayang menyayangi dan lemah lembut di antara mereka seperti satu tubuh badan yang apabila satu anggota berasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan berasa demam" -(Riwayat Ahmat)